Friday 29 April 2016

Apa itu Bitcoin ?

Kalau tak tahu jangan buat2 tahu, sekarangkan dah moden pergi cari pelbagai sumber jangan jadi bodoh sombong, lebih baik tak tahu daripada buat buat tahu, ini tidak buat andaian sendiri, banyakkan membaca, ini tidak disebabkan berita2 yg tidak sahih bitcoin jugak yang busuk nama nya.. ish ish..

Bitcoin adalah sebuah Currency. Sama juga seperti Euro/Usd/Myr/Gbp dan diiktiraf di seluruh dunia dan boleh dijual beli dan ditukarkan kepada matawang lain. Namun, Bitcoins tak berbentuk fizikal seperti wang kertas sesebuah Negara. Bitcoin berbentuk digital. Ia dikenali sebagai cryptocurrency yang tidak dicetak, tetapi dilombong seperti Emas. Emas dilombong di dasar bumi, menggunakan jentera-jentera yang direka untuk melombong emas. Bitcoin dilombong di alam digital, dengan menggunakan Supercomputers untuk mendapatkannya. Bitcoin bukanlah dikuasaai oleh mana-mana Negera/Kerajaan/Badan/Bank/Syarikat. Ia adalah “DECENTRALIZE”.Sebagai contoh ye, Ringgit Malaysia dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kan? Jadi maknanya, bitcoin ( tidak berada di bawah mana-mana negara mahupun kerajaan. Cara yang paling mudah nak cakap ialah Bitcoin ialah ‘MATAWANG INTERNET’. Semua orang boleh kawal jadi tak ada siapa kawal. Oleh kerana ia tidak terikat dengan sesebuah negara, awak boleh guna dia di seluruh dunia (dalam talian atau luar talian), asalkan ada akses internet ke wallet bitcoin awak.
Jika diimbas dari masa dahulu, manusia menggunakan system barter, dan seterusnya emas(dinar) dan silver(dirham). Sehinggalah manusia telah mula menerima wang kertas sebagai medium/perantaraan untuk jual/beli iaitu zaman yang sedang kita hadapi ini. Selain itu, zaman kini, wang kertas boleh di masukkan ke dalam Bank, dan ditransfer ke mana-mana akaun. Wang kertas juga tidak perlu ada ditangan kita untuk membeli sesuatu kerana kebanyakan tempat menerima bayaran seperti Debit Card (Visa/Mastercard/Dan sbgnya). Perantaraan untuk penghantaran wang juga telah berleluasa spt Bank, Paypal, Western Union, Moneygram, Mobile Money dan sbgnya. Bagaimana pula revolusi untuk zaman yang akan kita hadapi ?

Bitcoin boleh dikatakan sebagai salah satu salah satu revolusi ekonomi manusia. Seperti pada zaman dahulu, pemerintah mencetak wang kertas dengan jumlah emas yang mereka miliki. Adakah wang kertas akan ditukar kepada Bitcoins?

Adakah Bitcoin boleh dianggap sebagai matawang
sapa lah yang tanya soalan macam tu ek... Orang dah pakai bitcoin sebagai wang (beli barang dengan bitcoin) so dia boleh berfungsi macam duit biasa. Tapi kalau ikut sah di sisi undang-undang, di Malaysia bitcoin tak dianggap sebagai matawang yg sah lagi. hurmmm

Di sesetengah negara lain, kerajaan dia nak haramkan bitcoin pulak (contohnya, Venezuala keluarkan anti-bitcoin propaganda lagi).
Tapi! Ada juga beberapa negara yang progresif seperti Jepun yang dah iktiraf bitcoin sebagai mata wang yang sah. Ada juga sebuah bandar di Zug, Switzerland yang benarkan rakyat tempatan bayar perkhidmatan kerajaan dengan bitcoin.




UNTUK APA BITCOIN NI?
Orang pakai bitcoin untuk:
1.  Simpan sebagai pelaburan (macam pilihan yang paling popular kat Malaysia)
2   Guna untuk bayar produk dan servis
3.  Guna untuk terima bayaran di kedai (tak silap saya Shell Jalan Raja Chulan accept              payment as Bitcoin.   
4.  Guna sebagai kaedah untuk penghantaran wang, domestik mahupun oversea 5.                   kerana ianya lebih cepat, pasal apa, pasal dia peer 2 peer tiada orang tengah
5.  Ada juga orang yang guna bitcoin untuk buat derma.

MACAM MANA CARA NAK DAPAT KAT BITCOIN KAT MALAYSIA NI? HAIHH..
Caranya melalui mining ataupon melombong...

nak kena bawak cangkul segala bagai ke? TAK PAYAH MENGADA hahahahaha..
Macam saya cakap tadi lah kena lombong menggunakan super computer.
Pendapat saya tak perlu lah, kerana anda perlulah ada peralatan yang mahal dan canggih untuk memulakan operasi mining ni, lokasi lagi dan pelbagai aspek yang perlu dititk beratkan wowww. Harga utk satu mesin mining bitcoin ialah beribu-ribu ringgit  belum masuk  nak maintain lagi, kena bayar kos elektrik lagi. Kalau nak mining bitcoin sendiri, mungkin dapat balik modal dalam beberapa tahun. Alat mining bitcoin pun selalu kena upgrade. Ilmu pun sentiasa kena update. Tak percaya, gi search google BITCOIN MINING HARDWARE PRICE kalau dapat harga bawah RM100 inform saya , saya nak beli 14ratus biji nak buat mining sendiri…


Pelombong dari China ada kilang yang penuh dengan BERIBU-RIBU peralatan bitcoin mining. Lagipun kos elektrik diaorang murah atau percuma kalau tak silap lah. Cuba tengak video di bawah, macam mana setup dia.
Nasihat saya batalkan sahajalah hasrat yang mana nak jadi pelombong bitcoin ni.


 HABIS MACAMMANA NAK DAPAT BITCOIN NI?
senang jee contact jela saya, saya ade bitcoin, kan senang tu, awak bagi duit saya bagi bitcoin. dari segi keuntungan pula senang je, Kalau harga bitcoin naik, untung la bila jual balik. Kalau harga dia turun, tak la untung so simpan jela sampai harga naik . Bitcoin bukannya skim cepat kaya.

KAD DEBIT BITCOIN
Tak banyak lagi tempat yang terima bitcoin sebagai bayaran, kalau nak compare dengan kad credit atau cash. Susah nak spending bitcoin tu. Jadi kalau ada kad debit bitcoin, dia boleh memudahkan  masa nak belanjakan bitcoin. Kad debit bitcoin ada Visa/Mastercard, jadi boleh pakai di berjuta-juta tempat atau erti  kata lain worldwide,

MACAMMANA NAK APPLY BITCOIN DEBITKAD NI?
Kalau anda google banyak platform yang menawarkan debitkad utk bitcoin ni, sebagai contoh XAPO, SATOSHI TANGO ataupon WIREX, boleh apply kat lawan web diorang.

Kalau macam saya saya gunakan Xapo dan Wirex debitkad, perlu faham yee bila anda apply, anda akan menerima card yg dalam nye tiada bitcoin, jadi ape perlu buat anda perlulah menTRANSFER bitcoin ke dalam debit kad anda tadi atau kata lain pindahkan atau transfer. Haaa Faham dokk…


LAIN-LAIN BERKENAAN BITCOIN
Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 yang pada awalnya menggunakannya untuk tujuan penghantaran wang tanpa menggunakan “pihak ketiga”. Sehingga sekarang masih tak dapat kenal pasti siapakah SATOSHI NAKAMOTO ni. Mungkin adalah sebab2 tertentu kenapa pencipta bitcoin ni menyembunyikan diri beliau. Hari ini, kebanyakan syarikat menerima Bitcoin sebagai medium untuk pembayaran. Mari kita imbas ke 10-20 tahun lepas pada mulanya bagaimana bermulanya syarikat-syarikat menerima Visa/Mastercard ?

Syarikat seperti Microsoft, Dell, Paypal, Expedia, Shell, VictoriaSecret menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran. Namun kini, Bitcoin diterima di kebanyakan syarikat/peniaga mahupun peniaga kecil. Selain itu, ATM Bitcoin juga telah ditempatkan di serata tempat dimana terdapat sebanyak 600++ ATM di seluruh dunia dan akan bertambah lagi pada masa hadapan.

Pada zaman yang kita telah lalui, wang kertas boleh disimpan di dalam bank dan banyak fasiliti yang ditawarkan. Bitcoin pula, disimpan di dalam “wallet” yang berfungsi sebagai Bank. Terdapat banyak wallet di seluruh dunia seperti Blockchain,Mycelium,Airbitz,Bither dan banyak lagi. Bitcoin boleh disimpan di mana-mana wallet, dan dipindah ke mana-mana wallet dalam masa 3-5saat dan mengenakan caj yang sangat kecil serendah RM0.20. Terdapat juga wallet-wallet yang menawarkan Debit Card Visa/Mastercard seperti Xapo,Bitinstant,ANX,CoinJelly dan sbgnya. Seperti yang kita ketahui Debit Card telah pun diterima di mana-mana kedai termasuk juga ATM untuk tujuan pengeluaran wang. Tambahan pula, web seperti localbitcoins.com sangat berguna untuk jual/beli Bitcoins secara langsung di mana-mana Negara.


Pada tahun 2011, Nilai 1 Bitcoin telah pun mencecah sama dengan Usd. Pada tahun 2012, pertukaran Bitcoin pertama yang tercatat rasmi sebagai Bank Eropah adalah Bitcoin Central. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelaburan bitcoin ini, saya menggalakkan anda untuk membuat carian sendiri dan membaca lebih banyak sumber.

Dari apa yang saya faham. Bitcoin adalah matawang digital terbaru yang dicipta pada tahun 2009. Dan tujuan utama penciptaan adalah bagi mengatasi masalah transaksi “wang kertas” yang menyebabkan turun naik, masalah transaksi global, kadar “fee”, sekatan dari kerajaan dan banyak lagi. Bitcoin tidak menghadapi ancaman yang di sebutkan di atas kerana semua negara satu dunia akan memakai matawang yang sama iaitu bitcoin. Perdagangan menjadi lebih telus, adil dan memudahkan.

Untuk maklumat anda, Bitcoin adalah MATAWANG DIGITAL, saya ulang eh matawang digital bukan nye skim2 cepat kaya , jangan salah anggap, yang boleh anda gunakan untuk membeli belah dan berdagang transaksi secara online. Di sebabkan ianya adalah matawang, maka ianya juga mempunyai kadar nilai tukaran terhadap wang kertas. 

Kenapa saya ingin mengajak anda untuk menyimpan bitcoin ni? Mari saya berikan fakta ringkas kepada anda. Pada tahun
2011 (1 bitcoin = RM2.50)
2012 (1 bitcoin = RM15)
2013 (1 bitcoin = RM350)
2014 (1 bitcoin = RM1000)
2015 (1 bitcoin = RM1500)
2016 (1 bitcoin = RM 2300)
dan paling terkini 09/6/2017 3.53pm ketika saya menulis artikel ini 1bitcoin bersamaan = RM 11,707.56





Untuk pengetahuan anda, syarikat gergasi dunia sudah mula membuat pelaburan besar dengan membeli matawang ini. Ini kerana pada pandangan mereka, dunia masa depan akan melihatkan kenaikkan sangat tinggi akan matawang bitcoin ini.

Anda berminat membuat pelaburan bitcoin ? Kalau berminat,kalau tak berminat pon takpe,  tak payah contact, saya tak PAKSA pon, saya ulangi ye saya tak PAKSA pun, 

Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya melalui : 017-2976067