Apa itu Bitcoin ?
Kalau tak tahu jangan buat2 tahu, sekarangkan dah moden pergi cari pelbagai sumber jangan jadi bodoh sombong, lebih baik tak tahu daripada buat buat tahu, ini tidak buat andaian sendiri, banyakkan membaca, ini tidak disebabkan berita2 yg tidak sahih bitcoin jugak yang busuk nama nya.. ish ish..
Kalau tak tahu jangan buat2 tahu, sekarangkan dah moden pergi cari pelbagai sumber jangan jadi bodoh sombong, lebih baik tak tahu daripada buat buat tahu, ini tidak buat andaian sendiri, banyakkan membaca, ini tidak disebabkan berita2 yg tidak sahih bitcoin jugak yang busuk nama nya.. ish ish..
Bitcoin adalah sebuah
Currency. Sama juga seperti Euro/Usd/Myr/Gbp dan diiktiraf di seluruh dunia dan
boleh dijual beli dan ditukarkan kepada matawang lain. Namun, Bitcoins tak
berbentuk fizikal seperti wang kertas sesebuah Negara. Bitcoin berbentuk digital.
Ia dikenali sebagai cryptocurrency yang tidak dicetak, tetapi dilombong seperti
Emas. Emas dilombong di dasar bumi, menggunakan jentera-jentera yang direka
untuk melombong emas. Bitcoin dilombong di alam digital, dengan menggunakan
Supercomputers untuk mendapatkannya. Bitcoin bukanlah dikuasaai oleh mana-mana
Negera/Kerajaan/Badan/Bank/Syarikat. Ia adalah “DECENTRALIZE”.Sebagai contoh
ye, Ringgit Malaysia dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kan? Jadi maknanya,
bitcoin ( tidak berada di bawah mana-mana negara mahupun kerajaan. Cara yang
paling mudah nak cakap ialah Bitcoin ialah ‘MATAWANG INTERNET’. Semua orang
boleh kawal jadi tak ada siapa kawal. Oleh kerana ia tidak terikat dengan
sesebuah negara, awak boleh guna dia di seluruh dunia (dalam talian atau luar
talian), asalkan ada akses internet ke wallet bitcoin awak.
Jika diimbas dari masa
dahulu, manusia menggunakan system barter, dan seterusnya emas(dinar) dan
silver(dirham). Sehinggalah manusia telah mula menerima wang kertas sebagai
medium/perantaraan untuk jual/beli iaitu zaman yang sedang kita hadapi ini.
Selain itu, zaman kini, wang kertas boleh di masukkan ke dalam Bank, dan
ditransfer ke mana-mana akaun. Wang kertas juga tidak perlu ada ditangan kita
untuk membeli sesuatu kerana kebanyakan tempat menerima bayaran seperti Debit
Card (Visa/Mastercard/Dan sbgnya). Perantaraan untuk penghantaran wang juga
telah berleluasa spt Bank, Paypal, Western Union, Moneygram, Mobile Money dan
sbgnya. Bagaimana pula revolusi untuk zaman yang akan kita hadapi ?
Bitcoin boleh dikatakan
sebagai salah satu salah satu revolusi ekonomi manusia. Seperti pada zaman
dahulu, pemerintah mencetak wang kertas dengan jumlah emas yang mereka miliki.
Adakah wang kertas akan ditukar kepada Bitcoins?
Adakah Bitcoin boleh
dianggap sebagai matawang
sapa lah yang tanya soalan
macam tu ek... Orang dah pakai bitcoin sebagai wang (beli barang dengan
bitcoin) so dia boleh berfungsi macam duit biasa. Tapi kalau ikut sah di sisi
undang-undang, di Malaysia bitcoin tak dianggap sebagai matawang yg sah lagi.
hurmmm
Di sesetengah negara lain,
kerajaan dia nak haramkan bitcoin pulak (contohnya, Venezuala keluarkan
anti-bitcoin propaganda lagi).
Tapi! Ada juga beberapa
negara yang progresif seperti Jepun yang dah iktiraf bitcoin sebagai mata wang
yang sah. Ada juga sebuah bandar di Zug, Switzerland yang benarkan rakyat
tempatan bayar perkhidmatan kerajaan dengan bitcoin.
UNTUK APA BITCOIN NI?
Orang pakai bitcoin untuk:
1. Simpan
sebagai pelaburan (macam pilihan yang paling popular kat Malaysia)
2 Guna untuk
bayar produk dan servis
3. Guna untuk
terima bayaran di kedai (tak silap saya Shell Jalan Raja Chulan accept
payment as Bitcoin.
4. Guna sebagai
kaedah untuk penghantaran wang, domestik mahupun oversea 5.
kerana ianya lebih cepat, pasal
apa, pasal dia peer 2 peer tiada orang tengah
5. Ada juga
orang yang guna bitcoin untuk buat derma.
MACAM MANA CARA NAK DAPAT KAT BITCOIN KAT MALAYSIA NI? HAIHH..
MACAM MANA CARA NAK DAPAT KAT BITCOIN KAT MALAYSIA NI? HAIHH..
Caranya melalui mining ataupon
melombong...
nak kena bawak cangkul
segala bagai ke? TAK PAYAH MENGADA hahahahaha..
Macam saya cakap tadi lah
kena lombong menggunakan super computer.
Pendapat saya tak perlu
lah, kerana anda perlulah ada peralatan yang mahal dan canggih untuk memulakan
operasi mining ni, lokasi lagi dan pelbagai aspek yang perlu dititk beratkan
wowww. Harga utk satu mesin mining bitcoin ialah beribu-ribu ringgit belum
masuk nak maintain lagi, kena bayar kos elektrik lagi. Kalau nak
mining bitcoin sendiri, mungkin dapat balik modal dalam beberapa tahun. Alat
mining bitcoin pun selalu kena upgrade. Ilmu pun sentiasa kena update. Tak
percaya, gi search google BITCOIN MINING HARDWARE PRICE kalau dapat harga bawah
RM100 inform saya , saya nak beli 14ratus biji nak buat mining sendiri…
Pelombong dari China ada
kilang yang penuh dengan BERIBU-RIBU peralatan bitcoin mining. Lagipun kos
elektrik diaorang murah atau percuma kalau tak silap lah. Cuba tengak video di
bawah, macam mana setup dia.
Nasihat saya batalkan
sahajalah hasrat yang mana nak jadi pelombong bitcoin ni.
HABIS MACAMMANA NAK DAPAT
BITCOIN NI?
senang jee contact jela
saya, saya ade bitcoin, kan senang tu, awak bagi duit saya bagi bitcoin. dari
segi keuntungan pula senang je, Kalau harga bitcoin naik, untung la bila jual
balik. Kalau harga dia turun, tak la untung so simpan jela sampai harga naik .
Bitcoin bukannya skim cepat kaya.
KAD DEBIT BITCOIN
Tak banyak lagi tempat yang
terima bitcoin sebagai bayaran, kalau nak compare dengan kad credit atau cash.
Susah nak spending bitcoin tu. Jadi kalau ada kad debit bitcoin, dia boleh
memudahkan masa nak belanjakan bitcoin. Kad debit bitcoin ada
Visa/Mastercard, jadi boleh pakai di berjuta-juta tempat atau erti kata lain
worldwide,
MACAMMANA NAK APPLY BITCOIN DEBITKAD NI?
MACAMMANA NAK APPLY BITCOIN DEBITKAD NI?
Kalau anda google banyak
platform yang menawarkan debitkad utk bitcoin ni, sebagai contoh XAPO, SATOSHI
TANGO ataupon WIREX, boleh apply kat lawan web diorang.
Kalau macam saya saya
gunakan Xapo dan Wirex debitkad, perlu faham yee bila anda apply, anda akan
menerima card yg dalam nye tiada bitcoin, jadi ape perlu buat anda perlulah
menTRANSFER bitcoin ke dalam debit kad anda tadi atau kata lain pindahkan atau
transfer. Haaa Faham dokk…
LAIN-LAIN BERKENAAN BITCOIN
Bitcoin dicipta oleh
Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 yang pada awalnya menggunakannya untuk tujuan
penghantaran wang tanpa menggunakan “pihak ketiga”. Sehingga sekarang masih tak
dapat kenal pasti siapakah SATOSHI NAKAMOTO ni. Mungkin adalah sebab2 tertentu
kenapa pencipta bitcoin ni menyembunyikan diri beliau. Hari ini, kebanyakan
syarikat menerima Bitcoin sebagai medium untuk pembayaran. Mari kita imbas ke
10-20 tahun lepas pada mulanya bagaimana bermulanya syarikat-syarikat menerima
Visa/Mastercard ?
Syarikat seperti Microsoft,
Dell, Paypal, Expedia, Shell, VictoriaSecret menerima Bitcoin sebagai medium
pembayaran. Namun kini, Bitcoin diterima di kebanyakan syarikat/peniaga mahupun
peniaga kecil. Selain itu, ATM Bitcoin juga telah ditempatkan di serata tempat
dimana terdapat sebanyak 600++ ATM di seluruh dunia dan akan bertambah lagi
pada masa hadapan.
Pada zaman yang kita telah
lalui, wang kertas boleh disimpan di dalam bank dan banyak fasiliti yang
ditawarkan. Bitcoin pula, disimpan di dalam “wallet” yang berfungsi sebagai
Bank. Terdapat banyak wallet di seluruh dunia seperti Blockchain,Mycelium,Airbitz,Bither
dan banyak lagi. Bitcoin boleh disimpan di mana-mana wallet, dan dipindah ke
mana-mana wallet dalam masa 3-5saat dan mengenakan caj yang sangat kecil
serendah RM0.20. Terdapat juga wallet-wallet yang menawarkan Debit Card
Visa/Mastercard seperti Xapo,Bitinstant,ANX,CoinJelly dan sbgnya. Seperti yang
kita ketahui Debit Card telah pun diterima di mana-mana kedai termasuk juga ATM
untuk tujuan pengeluaran wang. Tambahan pula, web seperti localbitcoins.com
sangat berguna untuk jual/beli Bitcoins secara langsung di mana-mana Negara.
Pada tahun 2011, Nilai 1
Bitcoin telah pun mencecah sama dengan Usd. Pada tahun 2012, pertukaran Bitcoin
pertama yang tercatat rasmi sebagai Bank Eropah adalah Bitcoin Central.
Untuk maklumat lanjut
berkenaan pelaburan bitcoin ini, saya menggalakkan anda untuk membuat carian
sendiri dan membaca lebih banyak sumber.
Dari apa yang saya faham.
Bitcoin adalah matawang digital terbaru yang dicipta pada tahun 2009. Dan
tujuan utama penciptaan adalah bagi mengatasi masalah transaksi “wang kertas”
yang menyebabkan turun naik, masalah transaksi global, kadar “fee”, sekatan
dari kerajaan dan banyak lagi. Bitcoin tidak menghadapi ancaman yang di
sebutkan di atas kerana semua negara satu dunia akan memakai matawang yang sama
iaitu bitcoin. Perdagangan menjadi lebih telus, adil dan memudahkan.
Untuk maklumat anda,
Bitcoin adalah MATAWANG DIGITAL, saya ulang eh matawang digital bukan nye skim2 cepat kaya , jangan salah anggap, yang boleh anda gunakan untuk membeli belah
dan berdagang transaksi secara online. Di sebabkan ianya adalah matawang, maka
ianya juga mempunyai kadar nilai tukaran terhadap wang kertas.
Kenapa saya ingin mengajak
anda untuk menyimpan bitcoin ni? Mari saya berikan fakta ringkas kepada
anda. Pada tahun
2011 (1 bitcoin = RM2.50)
2012 (1 bitcoin = RM15)
2013 (1 bitcoin = RM350)
2014 (1 bitcoin = RM1000)
2015 (1 bitcoin = RM1500)
2016 (1 bitcoin = RM 2300)
dan paling terkini 09/6/2017 3.53pm ketika saya menulis artikel ini 1bitcoin bersamaan = RM 11,707.56
dan paling terkini 09/6/2017 3.53pm ketika saya menulis artikel ini 1bitcoin bersamaan = RM 11,707.56
Untuk pengetahuan anda,
syarikat gergasi dunia sudah mula membuat pelaburan besar dengan membeli
matawang ini. Ini kerana pada pandangan mereka, dunia masa depan akan
melihatkan kenaikkan sangat tinggi akan matawang bitcoin ini.
Anda berminat membuat pelaburan
bitcoin ? Kalau berminat,kalau tak
berminat pon takpe, tak payah contact, saya tak PAKSA pon, saya
ulangi ye saya tak PAKSA pun,
Sebarang pertanyaan boleh
lah hubungi saya melalui : 017-2976067
No comments:
Post a Comment